Saturday, July 30, 2011

Terharu :)

Assalammualaikum.........

Listening to Ungu-Tercipta Untukku :)

NO INTRODUCTION

Pernah tak kita terfikir ada orang yg pernah kita sayang suatu masa dulu masih sayangkan kita? Pernah jugak tak kita terfikir yg ada lelaki sanggup menangis pasal kita? Pernah jugak kah kita terfikir ex kita yg konon berlagak okay dgn kita sebenarnya masih menyimpan perasaan sayang dekat kita?

Beruntung kan?

Ya, memang untung. Sebab aku sikit pun tak pernah terfikir ada orang yg pernah aku sayang suatu masa dulu masih sayangkan aku. Okay, maybe sekarang dah tak sbb dia pun sudah diambil orang. Haha Dan sikit pun aku tak pernah terfikir yg ada lelaki sanggup menangis pasal aku sedangkan dia berlagak okay dgn aku tapi sebenarnya dia masih rasa sayang dekat aku? Kejam ke aku?

Sorry lah kalau jiwang, tapi rasanya ni cara terbaik untuk mendapatkan feel sebenar. Aku tak percaya lagi sebenarnya sbb tiada alibi yg kukuh nak cakap aku lah orang yg dikatakan. Tapi mengikut desas desus begitu lah rasanya. Kalau bukan aku pun, tak apa lah. Sbb aku dah lama tahu tak mungkin semua tu terjadi dekat aku. Maybe aku perasan terlebih.

Ingatlah, apa pun yg berlaku dekat kita, Allah tempat segala-galanya diluahkan :)

Salam :)

Wednesday, July 27, 2011

Happy Tua Day, Mighul :)


Hai hai hai, siapa kah gerangan si jejaka berbaju putih, bertopi coklat, bergambar acah-acah candid tu? Hahahaha dia lah bestfriend and classmate terhebat saya, Amiyol Acewap (bukan nama sebenar) Hahaha nama dlm IC Amirul Asyraf Bin Idris. Ye dokk Amirul? Tapi lebih dikenali sebagai Gurun. Trademark dia kan yg bajet bajet superhero, SuperGurun is my superhero. Alaaahai, bajet superhero je lah suparjo. Kau badan keding nak jadi superhero. Hikhokhikhok jangan marah yerrr ;)

Sebenarnya, dah lama nak update pasal dia tapi rasa mcm takde topic yg sesuai je. So today is the day. Sempena dgn hari kelahiran dia, nak bagi dia bangga sikit itulah pasal aku update blog ni utk kau. Mmg special made in Malaysia utk kau. Hahaha

First thing first, Happy Birthday to youuu.

Nak aku nyanyi ke Mighul? Err tak perlu lah kan. Cukup lah dlm hp, kau dah bernanah telinga dengar aku menyanyi -,-' #takpayahcakapakutaudah Hm, well sebenarnya nak bangga sikit dkt sini sbb aku orang yg first wish dekat dia Happy Birthday. Katanya tapi dlm hp lah. If dekat Facebook, number LIMA! Eh okay ah tu. Aku wish bukan setakat Happy Birthday. Hattuih pui! Aku punya wish siap ada gambar kan? Buat essay lagi kan kan kan? Special lah katakan.

Hahaha So, Amirul seorang best friend LELAKI yg terbaik dan tersangat lah caring yg pernah aku adooo. Ha, mengapa dan kenapa? So if you wonder, ianya kerana dia sorang kawan yg baik dan sangat caring lah jawapannya :D Haha lawak lah Haida. Err bodoh lah Haida ni. Okay dia tak pernah letih and merungut bila dengar cerita aku. Eventho, pada hakikatnya dlm hati dia dah sumpah seranah aku berbagai macam sumpah. Tapi takpe, dipaksakan juga telinga dan muka untuk mendengar dan membuat expression konon konon nak excited nak dengar tu. Hahahaha aku faham Amirul :D Ce tanya dia pernah tak aku tak cantik? Waishhh, sekali pun tak pernah kan. Mulut dia mana reti nak cakap aku tak cantik. Semuanya cantik, comel, lawa, apa lagi ah Mirul? Bila aku menyanyi mcm hareemmmm pun dia kata suara aku mcm Selena Gomez kan Amirul? Ha tau dah. Biar lah ikhlas ke tak yg penting sedap didengar lah kata kata tu. Hahaha

Dia ni kawan boleh buat kawan selama-lamanya. Bila aku kena kitai ke apa, dia lah superhero aku. Err konon jelah. Dia selalu backup aku. Kalau korang nak tau, Amirul ni AbangLong kawasan. Haha orang selalu salah faham pasal aku dgn Amirul. Kan Mighul? Sibuk je cakap aku ni sesuai dgn dia lah itu lah ini lah. Hello World! Kitorang KAWAN okay. Kaf Alif Wau Alif Nun! Faham? Jgn nak membongak sgt lah ingat aku dgn dia ada apa apa. Amirul pernah gaduh dgn gf dia pasal aku. Semua orang cakap aku jahat, tapi aku reda. Biarlah mulut orang susah nak tutup. Bila sampai masa sendiri tutup lah nanti.

So, aku dah penat nak buat tribute panjang panjang utk kau. Hahaha kay time for a speech :)

Dear My Very BestClassmate Ever, Amirul :)
Aku harap kau dapat capai semua yg kau nak. And hope kita sama sama boleh berubah utk SPM. May kita kawan selama lamanya. Biarlah orang nak cakap kita apa pun. Do what others think you can't. I believe in you. Kita sama sama boleh berjaya :) I'll be by your side whenever you need me weh. Hope so. Kau buat lah apa yg terbaik utk kau. Just jgn tersalah pilih. Biar lah kita membujang sementara. Nanti kalau kita dah masuk UNI kita sama sama cari jodoh. Hahaha Nanti kau kahwin aku dtg, aku kahwin berani berani lah kau tak dtg. Haha so Happy Birthday :) Take care yourself. Thank you for always be my listener, partner and friend, Amirul.
Your friend,
Haida

Kay, that's all. Salam and be good :)

Thursday, July 21, 2011

Friday, July 8, 2011

Maktok

Winamp playing : I can be your hero - Enrique Iglesias

Picture of my Maktok ( nenek ) with her crazy grandson Angah. Ignore Angah.

Assalammualaikum. Harini nak bercerita tentang my lovely Maktok. Okay im not in a happy mood actually. Maktok dah berapa hari asyik sakit je. Kasihan tengok maktok mcmtu. She is 80 something. Dia lah satu satunya nenek yg tinggal yg saya ada. Walaupun, orangnya suka membebel panjang and kadang kadang membingitkan telinga ni tapi dia lah antara insan dimuka bumi ini yg saya sayang. Saya sering melawan kata katanya dan meninggikan suara terhadap nya. Adik mintak maaf, Maktok. Sepatutnya saya bersyukur kerana masih ada lagi seorang nenek yg mahu menjadi peneman dan tempat bermanja seorang cucu.

Dia lah insan yg menjaga saya ketika ibu dan ayah saya pergi berniaga. Dari saya seorang bayi sehingga seorang dewasa kini. Dia masih setia meneman saya dirumah. Walaupun, bebelannya membuat saya naik angin tapi dia tetap seorang insan yg saya kasihi. Maktok tak berapa sihat. Biasa lah orang tua. Nak buat mcm mana lumrah hidup. Dulu, dia merupakan seorang tukang urut. Setiap kali saya demam, habis satu badan saya diurut. Sekarang, mak dah tak bagi maktok mengurut dah sebab keadaan maktok yg asyik sakit sakit dan dah tak berapa kuat. Tapi kadang kadang maktok degil. Tetap nak mengurut. Dah biasa agaknya.

Lepas keluar hospital tahun lepas, maktok selalu sesak nafas. Doktor cakap maktok sakit jantung dgn kencing manis. Kena jaga pemakanan semua. Dua minggu ni, maktok hari hari sesak nafas. Demam and tak larat nak bangun. Solat pun solat mata je. Dah tak larat nak bangun. Makan pun satu sudu sehari. Kalau dulu, setiap pagi maktok mesti makan nasi lemak. Tengahari , malam tak pernah lupa makan. Sekarang lain sangat. Maktok dah bertambah kurus.

Ya Allah, semoga Kau sembuhkan maktok. Berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi segala penyakit yg dihadapi Ya Allah. Ampunilah segala dosa dosa nya. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin

Salam