Friday, July 8, 2011

Maktok

Winamp playing : I can be your hero - Enrique Iglesias

Picture of my Maktok ( nenek ) with her crazy grandson Angah. Ignore Angah.

Assalammualaikum. Harini nak bercerita tentang my lovely Maktok. Okay im not in a happy mood actually. Maktok dah berapa hari asyik sakit je. Kasihan tengok maktok mcmtu. She is 80 something. Dia lah satu satunya nenek yg tinggal yg saya ada. Walaupun, orangnya suka membebel panjang and kadang kadang membingitkan telinga ni tapi dia lah antara insan dimuka bumi ini yg saya sayang. Saya sering melawan kata katanya dan meninggikan suara terhadap nya. Adik mintak maaf, Maktok. Sepatutnya saya bersyukur kerana masih ada lagi seorang nenek yg mahu menjadi peneman dan tempat bermanja seorang cucu.

Dia lah insan yg menjaga saya ketika ibu dan ayah saya pergi berniaga. Dari saya seorang bayi sehingga seorang dewasa kini. Dia masih setia meneman saya dirumah. Walaupun, bebelannya membuat saya naik angin tapi dia tetap seorang insan yg saya kasihi. Maktok tak berapa sihat. Biasa lah orang tua. Nak buat mcm mana lumrah hidup. Dulu, dia merupakan seorang tukang urut. Setiap kali saya demam, habis satu badan saya diurut. Sekarang, mak dah tak bagi maktok mengurut dah sebab keadaan maktok yg asyik sakit sakit dan dah tak berapa kuat. Tapi kadang kadang maktok degil. Tetap nak mengurut. Dah biasa agaknya.

Lepas keluar hospital tahun lepas, maktok selalu sesak nafas. Doktor cakap maktok sakit jantung dgn kencing manis. Kena jaga pemakanan semua. Dua minggu ni, maktok hari hari sesak nafas. Demam and tak larat nak bangun. Solat pun solat mata je. Dah tak larat nak bangun. Makan pun satu sudu sehari. Kalau dulu, setiap pagi maktok mesti makan nasi lemak. Tengahari , malam tak pernah lupa makan. Sekarang lain sangat. Maktok dah bertambah kurus.

Ya Allah, semoga Kau sembuhkan maktok. Berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi segala penyakit yg dihadapi Ya Allah. Ampunilah segala dosa dosa nya. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin

Salam

No comments:

Post a Comment